skip to main | skip to sidebar

Search Article

About me

My Photo
.::.pubMed.::.
ikatan ukhuwwah yang kita bina disini diharapkan agar terus mekar mewangi dalam inayahNya...
View my complete profile

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
Comments
    Atom
Comments

Arkib

  • ▼ 2009 (26)
    • ▼ November (1)
      • Menanti dan Terus Menanti
    • ► July (1)
    • ► June (1)
    • ► May (7)
    • ► April (1)
    • ► March (11)
    • ► February (4)

Tulisan Pensel

  • Galeri Gambar
  • Artikel Sains
  • Tazkirah
  • Karya

Followers

My Blog List

  • LAMAN RASMI DPLI UNIVERSITI MALAYA - GeNeRaSi PeNDiDiK
    Selamat Bertugas
    15 years ago
  • DPLI UIAM - Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah ( DPLI ) - Laman Utama
  • Announcement!!

BLOG RASMI DPLI UKM`09 [PENSEL vs PEMADAM]


Loading

Monday, November 16, 2009

Menanti dan Terus Menanti



Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamua`laikum wbt. dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua... pastinya rakan-rakan se-dpli semua dalam mood cuti sebelum berposting yang inshaAllah dijangka pada bulan 1 nanti... (moga-moga khabar 'kurang enak' berkenaan tundaan posting tidak tempias kepada kita semua, amin)

Tempoh tiga bulan berpraktikal di sekolah pastinya memberikan kita semua pengalaman yang cukup berharga, ya bukan? mungkin pada awalnya kita merasakan begitu susah, sukar dan tak sabar untuk menghabiskan praktikal..ditambah dengan lambakan tugas yang perlu dipikul seperti menyiapkan rancangan harian yang panjang berjela,ABM, aktiviti murid, ko-kurikulum dan sebagainya....apabila sudah melepasi separuh masa praktikal bagaimana perasaan kita? pastinya sudah terasa lebih selesa berada di sekolah bukan? dengan persekitaran yang sememangnya menjadi pilihan kita...dengan anak-anak didik yang tentu banyak ragamnya...mungkin kenangan manis itu menjadi lebih manis bagi sahabat-sahabiah yang mengambil minor Integrasi (Masalah pembelajaran atau masalah pendengaran) kerana anak-anak yang dididik adalah berbeza....mereka lebih special!

Bagaimana pula di minggu akhir berpraktikal? sudah pasti ada antara kita yang 'menitiskan air mata' di kelas terakhir yang diajar...air mata yang memberikan seribu makna...penghargaan, kasih sayang, pengorbanan...di sekolah masing2 kita semua telah belajar bagaimana menjadi seorang guru...seorang pendidik, bahkan seorang murobbi buat anak-anak didik kita... simpanlah mutiara-mutiara berharga pengalaman kita semua selama tiga bulan ini erat2...jangan dilepaskan... gunakanlah segala ilmu-pengetahuan ini sebagai panduan kita apabila pertama kali melangkahkan kaki di tempat posting masing-masing nanti...

Ingat! yang perit dan pahit itu tak semestinya tiada manisnya....kita telah buktikan! kita semua telah berjaya harungi suka duka pahit manis DPLI di UKM bersama-sama selama hampir setahun ini dengan jayanya...alhamdulillah....

Dikesempatan ini, saya, wakil pubMED dengan rendah hati ingin memohon seribu kemaafan bagi pihak pubMED sepanjang kami mengelolakan blog rasmi DPLIUKM09... yang baik dan buruk itu sesunguhnya adalah milikNya dan disandarkan pada diri kami yang hina ini...dengan berakhirnya pengajian di UKM ini maka berakhirlah juga tugas kami sebagai editor blog ini...


"Tuai Padi Antara Masak
Esok Jangan Layu-layuan
Intai Kami Antara Nampak
Esok Jangan Rindu-rinduan"

Wassalam...
Posted by a.t.u.l.a.s.c.a. at 7:23 PM

0 comments:

Post a Comment

Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod