skip to main | skip to sidebar

Search Article

About me

My Photo
.::.pubMed.::.
ikatan ukhuwwah yang kita bina disini diharapkan agar terus mekar mewangi dalam inayahNya...
View my complete profile

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
Comments
    Atom
Comments

Arkib

  • ▼ 2009 (26)
    • ► November (1)
    • ► July (1)
    • ► June (1)
    • ► May (7)
    • ► April (1)
    • ▼ March (11)
      • Taksonomi Bloom Baru~
      • TEORI PEMBELAJARAN
      • BELAJAR CARA BELAJAR
      • Rujukan Menarik Tentang Metakognitif
      • PERLAWANAN BOLA TAMPAR & FUTSAL
      • PROGRAM BERSAMA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA...
      • PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
      • ALHAMDULILLAH
      • LALUAN BAKAL GURU
      • Tidak terburu-buru tentu status PPSMI- Hishammuddin
      • PENGENALAN KEPADA SEKOLAH MENENGAH
    • ► February (4)

Tulisan Pensel

  • Galeri Gambar
  • Artikel Sains
  • Tazkirah
  • Karya

Followers

My Blog List

  • LAMAN RASMI DPLI UNIVERSITI MALAYA - GeNeRaSi PeNDiDiK
    Selamat Bertugas
    15 years ago
  • DPLI UIAM - Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah ( DPLI ) - Laman Utama
  • Announcement!!

BLOG RASMI DPLI UKM`09 [PENSEL vs PEMADAM]


Loading

Saturday, March 14, 2009

Tidak terburu-buru tentu status PPSMI- Hishammuddin

PUTRAJAYA 8 Jan. - Kementerian Pelajaran tidak akan terburu-buru membuat keputusan berhubung status Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dalam sistem pendidikan negara.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pendirian itu dibuat kerana sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, matlamat pihaknya adalah untuk melaksanakan apa yang terbaik bagi masa depan generasi muda dan negara.

''Kami tidak akan tunduk kepada mana-mana desakan atau tuntutan berhubung status PPSMI itu kerana kami tidak mewakili kepentingan sesuatu kelompok atau perjuangan tertentu sahaja.

''Lagipun, apa yang nak gopoh sangat kerana apa jua keputusan kita, ia hanya dapat dilaksanakan pada tahun depan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Perutusan Tahun Baru 2009 Kementerian Pelajaran di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong.

Sebelum ini Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) mempertimbangkan kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap Kementerian Pelajaran sekiranya PPSMI diteruskan.

Gapena mendakwa pelaksanaan PPSMI itu secara jelas mencabul Fasal 152, Perlembagaan Persekutuan yang termaktub berhubung status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Hishammuddin memberitahu, penelitian ke atas 22 kertas kerja kajian PPSMI yang dibuat melalui lima siri persidangan meja bulat sepanjang tahun lalu itu kini berada di peringkat akhir.

''Dalam masa terdekat ini, kertas itu akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk mendapatkan keputusan muktamad mengenainya," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya bersetuju agar Akta Dewan Bahasa dan Pustaka dipinda bagi memberi kuasa penguatkuasaan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam memperkasakan bahasa kebangsaan.

''Dengan pindaan itu, DBP dapat berperanan menggalakkan dan menguatkuasakan penggunaan bahasa kebangsaan dengan lebih berkesan.

''Cadangan pindaan itu akan dibentangkan di Parlimen pada tahun ini dan saya percaya dengan pindaan itu, usaha-usaha memperkasakan bahasa kebangsaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan," katanya.

Dilaporkan oleh :
Bahagian Pengurusan Maklumat Profil Jabatan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Posted by a.t.u.l.a.s.c.a. at 9:56 AM
Labels: PERUTUSAN MENTERI

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod