skip to main | skip to sidebar

Search Article

About me

My Photo
.::.pubMed.::.
ikatan ukhuwwah yang kita bina disini diharapkan agar terus mekar mewangi dalam inayahNya...
View my complete profile

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
All Comments
    Atom
All Comments

Arkib

  • ▼ 2009 (26)
    • ► November (1)
    • ► July (1)
    • ► June (1)
    • ► May (7)
    • ► April (1)
    • ▼ March (11)
      • Taksonomi Bloom Baru~
      • TEORI PEMBELAJARAN
      • BELAJAR CARA BELAJAR
      • Rujukan Menarik Tentang Metakognitif
      • PERLAWANAN BOLA TAMPAR & FUTSAL
      • PROGRAM BERSAMA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA...
      • PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
      • ALHAMDULILLAH
      • LALUAN BAKAL GURU
      • Tidak terburu-buru tentu status PPSMI- Hishammuddin
      • PENGENALAN KEPADA SEKOLAH MENENGAH
    • ► February (4)

Tulisan Pensel

  • Galeri Gambar
  • Artikel Sains
  • Tazkirah
  • Karya

Followers

My Blog List

  • LAMAN RASMI DPLI UNIVERSITI MALAYA - GeNeRaSi PeNDiDiK
    Selamat Bertugas
    15 years ago
  • DPLI UIAM - Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah ( DPLI ) - Laman Utama
  • Announcement!!

BLOG RASMI DPLI UKM`09 [PENSEL vs PEMADAM]


Loading

Sunday, March 29, 2009

Taksonomi Bloom Baru~

The Bloom Taxonomy of Educational Objectives was revised Spring 2001.

This note describes the revisions that were recently made to the taxonomy reported in your textbook. It is easier to understand and use in many ways, so you may use either one you wish in doing your test construction project.

Review of the changes

First, the revised Bloom taxonomy gives slightly different names to the 6 levels of the hierarchy:
  • remember (was knowledge)
  • understand (was comprehension)
  • apply (was application)
  • analyze (was analysis)
  • evaluate (was evaluation)
  • create (was synthesis)

Second, the last two categories have been reversed, putting create (synthesis) as the most complex level.

As you can see, the verbs have also been clarified.


These changes clear up two big questions that many people had in trying to use the taxonomy.

  1. What is the difference between comprehension and application
  • The panel decided that they overlap because understanding is a very broad term. It had been hard to distinguish which of the two many test items were tapping. (It may sometimes be both.) Both categories now have clearer verbs.

  1. What does evaluation really mean?
  • The chief confusion was that evaluation is usually less complex than synthesis, which made it difficult to think of what sorts of test items would represent "evaluation." "Evaluate" now has a clearer meaning.


Source for revised taxonomy:
Anderson, L. W., & Krathwohl, D. R. (2001). A taxonomy for learning, teaching, and assessing: A revision of Bloom's taxonomy of educational objectives. New York: Addison Wesley Longman.

http://www.udel.edu/educ/gottfredson/451/revisedbloom.html
Posted by .::.pubMed.::. at 9:56 PM 1 comments
Labels: AKADEMIK

Thursday, March 26, 2009

TEORI PEMBELAJARAN

TEORI PEMBELAJARAN TEORI PEMBELAJARAN dbc2704
Publish at Scribd or explore others: Academic Work teori pendapatan Education-Teaching
Posted by .::.pubMed.::. at 8:26 PM 0 comments
Labels: AKADEMIK, TIPS MENGAJAR

BELAJAR CARA BELAJAR

Belajar cara belajar Belajar cara belajar sahmozac
Publish at Scribd or explore others: Essays Religion & Spiritual cara belajar
Posted by a.t.u.l.a.s.c.a. at 7:37 PM 0 comments
Labels: AKADEMIK, TIPS MENGAJAR

Rujukan Menarik Tentang Metakognitif

Hubungan Metakognisi Hubungan Metakognisi Halismy
Publish at Scribd or explore others: Academic Work Education-Colleges-a rujukan
Posted by a.t.u.l.a.s.c.a. at 7:21 PM 0 comments
Labels: AKADEMIK

Tuesday, March 24, 2009

PERLAWANAN BOLA TAMPAR & FUTSAL

“ Demi merealisasikan matlamat DPLI_UKM09 dalam membentuk warga pendidik yang holistik dari segi sahsiah, ketrampilan dan kesihatan, JK Sukan DPLI telah memainkan peranan penting dalam mengelola riadah warga DPLI-UKM…Bermula daripada penyusunan jadual latihan harian yang dibahagikan mengikut permainan dan kumpulan, hinggalah kepada tarikh perlawanan sebenar, JK Sukan telah menunjukkan komitmen yang cukup baik.Syabas diucapkan kepada mereka.”

Tarikh : Minggu ke 9 & 10

Masa : 4.00ptg – 7.00mlm.

Keputusan Perlawanan:

  1. FUTSAL

Akhir

KUMPULAN B [3] vs [1] KUMPULAN C

Senarai penjaring keseluruhan:
Najwa Hayatee Abdulah - 6 gol
Siti Nazirah Ab. Wahab - 3 gol
Rosmiza Rioh - 2 gol
Hazwin Dalila Haris - 2 gol
Nurul Hidayah Md. Yatin - 1 gol
Nawal Samsudin - 1 gol
Nurul Huda Hashim – 1 gol
Siti Hajjar Hasnaa Yahya - 1 gol
Halina Yusof – 1 gol
Mohd Amin Zakaria - 1 gol
Mohd Faizal Mahmod - 1 gol
Ahmad Fadli Mokhtar - 1 gol

komen JK Sukan:
Tahniah diucapkan kepada semua ahli kumpulan B kerana telah berjaya memenangi
perlawanan akhir futsal wanita DPLI 2009, dan kepada yang tidak berjaya sila
berusaha dengan lebih gigih di masa hadapan.
Di sini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi memberikan
kerjasama dan perhatian dalam memastikan program ini berakhir dengan jayanya.
Walaupun kadangkala kehadiran para pemain agak mengecewakan, tetapi kami berpuas
hati dengan mutu permainan anda yang semakin meningkat.
Kami berharap
penglibatan wanita dalam sukan futsal akan lebih membanggakan.
Segala kesilapan dan cacat cela yang berlaku sepanjang program ini berlangsung
kami memohon jutaan kemaafan.Segala yang baik adalah daripada Allah, dan yang
lemah itu datang dari kelemahan pengurusan kami sendiri. Insyaallah, kami akan
cuba memperbaikinya demi kecemerlangan sukan DPLI.


MOHD FAIZAL BIN MAHMOD
AJK Aktiviti Luar,
Exco Sukan dan Rekreasi,
Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah 2009,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

  1. BOLA TAMPAR

Separuh Akhir 1
Johan Kumpulan A vs Naib Johan Kumpulan B
3A 5B

*Dimenangi oleh 3A
..............................................................................................................................................

Separuh Akhir 2

Johan Kumpulan B vs Naib johan Kumpulan A
6B 2A

*Dimenangi oleh 6B

...............................................................................................................................................

Akhir

3A vs 6B

*Dimenangi oleh 3A

................................................................................................................................................

Johan - 3A
Naib Johan - 6B

Komen JK Sukan:
Dengan ini, tamatlah sudah perlawanan bola tampar wanita DPLI UKM 2009.
Tahniah diucapkan kepada kumpulan 3A kerana menjadi JOHAN untuk keseluruhan
pertandingan. Bagi kumpulan-kumpulan lain, terima kasih diucapkan di atas
komitmen yang diberi sepanjang program ini dijalankan.

Sepanjang pertandingan diadakan, saya dapat lihat bakat-bakat terpendam dan
potensi yang ada dalam setiap pemain. Skil yang ada semakin hari semakin
baik.Diharap selepas ini anda semua masih lagi turun ke gelanggang untuk bermain
dan mengisi waktu petang anda dengan aktiviti riadah.

Minta maaf sekiranya berlaku kesilapan, terkasar bahasa, menggarang dan mengarah
sesuka hati sepanjang pertandingan dijalankan.

"Majulah sukan untuk semua"


Rosmiza bt Rioh
AJK Pertandingan Bola Tampar DPLI UKM 2009

Posted by .::.pubMed.::. at 1:09 PM 0 comments
Labels: AKTIVITI

PROGRAM BERSAMA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA [JPAM]

“ Kami semua diberi dua siri ceramah tentang Asas Pertolongan Cemas oleh wakil JPAM”

Tarikh : 21 & 21 Mac 2008

Masa : 9.30pg – 12.30tgh

Tempat : Bilik Seminar, Kolej Pendeta Za`aba & Dataran Canseleri.

Aktiviti yang dijalankan adalah meliputi

  1. Ceramah tentang Asas Pertolongan Cemas yang antaranya meliputi:-
    • Jenis-jenis luka dan Pendarahan
    • Teknik membalut Luka dan kecederaan
    • Merawat Melecur terbakar.
    • Jenis-jenis kecederaan
    • Rawatan Tercekik
    • CPR, dan sebagainya.

  1. Praktikal tentang Asas Pertolongan Cemas yang telah dipelajari diatas.
Posted by .::.pubMed.::. at 1:08 PM 0 comments
Labels: AKTIVITI

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

“ Taman Sinar Harapan telah memberikan keinsafan kepada kami semua, para pelajar DPLI-UKM09 tentang banyak perkara. Betapa kami bertuah dilahirkan ke dunia ini dengan kesempurnaan fizikal, sesuatu yang amat tidak sinonim dengan para pelatih di sana.”


Nama Program: Titian Kasih

Tarikh : 4, 11 & 18 Mac 2008

Tempat : Taman Sinar Harapan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kuala Kubu Baharu, Selangor.

Masa : 6.30pg – 5.30ptg

Tentatif :

Bil

Aktiviti

Waktu

Penyelaras


1.



2.


3.


4.


5.

6.

7.

8.

9.


Bertolak ke Taman Sinar Harapan Kuala Kubu Baru

…………………………………………………………………...........

Peserta memandikan penghuni-penghuni Taman Sinar Harapan

Penerangan ringkas mengenai Taman Sinar Harapan Kuala Kubu Baru & Sarapan

Aktiviti bersama penghuni Taman Sinar Harapan Kuala Kubu Baru

Rehat, makan tengahari dan solat zuhur

Gotong- royong

Berkumpul dan perbincangan dalam kumpulan

Solat asar dan Minum petang

Aktitivi tamat, pulang ke UKM



11.30 mlm

..........................

6.30 pg


8.00pg - 8.20pg


8.30pg – 12.30tgh


12.30thg- 2.00ptg

2.00ptg -4.00ptg

4.00ptg-5.00ptg

5.00ptg – 5.30ptg

5.30 ptg


Junaidon, Suzana, Saljineh

…………..………………….………

Siti Nursyahida, Suryatee


Pihak Taman Sinar Harapan Kuala Kubu Baharu

Siti Nu
rsyahida, Suryatee


Hafis , Norhidayu

Siti Nursyahida, Suryatee

Nor Afsah, Noriza, Nur Atifah

Hafis , Norhidayu

Junaidon, Suzana, Saljineh

Posted by .::.pubMed.::. at 12:58 PM 0 comments
Labels: AKTIVITI

ALHAMDULILLAH

Assalamua`laikum...


Alhamdulillah,
Syukur dipanjatkan padaNya kerana dengan limpahan kasih-sayang dan bantuanNya, beberapa aktiviti DPLI-UKM09 bagi semester satu ini dapat berjalan dengan lancar...

antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah:

(1) Program Khidmat masyarakat
(2) Program JPAM
(3) Perlawanan Futsal & Bola Tampar
Posted by .::.pubMed.::. at 11:23 AM 0 comments
Labels: AKTIVITI

Saturday, March 14, 2009

LALUAN BAKAL GURU

Individu yang ingin menyertai kerjaya perguruan boleh berbuat demikian secara berikut:
  • Bagi lepasan SPM boleh memohon untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) atau memohon opsyen pendidikan melalui matrikulasi untuk ke Universiti Perguruan Sultan Idris.
  • Bagi individu yang telah mempunyai ijazah dan berminat, boleh memohon ke program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI).
Latihan Pra Perguruan

Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM)
Pelajar lepasan SPM yang berminat untuk menjadi guru boleh memohon secara atas talian untuk mengikuti KPLSPM. Pemohon yang berjaya melalui syarat-syarat awal kursus akan mengikuti latihan perguruan selama empat tahun. Pada akhir pengajian, pelatih yang berjaya akan dianugerahkan Sarjana Muda Pendidikan dalam bidang yang dipilih. KPLSM menawarkan kursus perguruan bagi semua peringkat sekolah.

Kursus/Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI/DPLI)
Kursus ini terbuka kepada individu yang telah memiliki ijazah pertama dan berminat untuk memasuki bidang perguruan boleh memohon untuk mengikuti KPLI/DPLI secara atas talian. Pelatih KPLI akan menjadi guru di sekolah rendah sahaja, manakala pelatih DPLI akan menjadi guru di sekolah menengah/politeknik/kolej matrikulasi
Posted by a.t.u.l.a.s.c.a. at 9:58 AM 28 comments
Labels: INFO PENDIDIK

Tidak terburu-buru tentu status PPSMI- Hishammuddin

PUTRAJAYA 8 Jan. - Kementerian Pelajaran tidak akan terburu-buru membuat keputusan berhubung status Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dalam sistem pendidikan negara.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pendirian itu dibuat kerana sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, matlamat pihaknya adalah untuk melaksanakan apa yang terbaik bagi masa depan generasi muda dan negara.

''Kami tidak akan tunduk kepada mana-mana desakan atau tuntutan berhubung status PPSMI itu kerana kami tidak mewakili kepentingan sesuatu kelompok atau perjuangan tertentu sahaja.

''Lagipun, apa yang nak gopoh sangat kerana apa jua keputusan kita, ia hanya dapat dilaksanakan pada tahun depan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Perutusan Tahun Baru 2009 Kementerian Pelajaran di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong.

Sebelum ini Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) mempertimbangkan kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap Kementerian Pelajaran sekiranya PPSMI diteruskan.

Gapena mendakwa pelaksanaan PPSMI itu secara jelas mencabul Fasal 152, Perlembagaan Persekutuan yang termaktub berhubung status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Hishammuddin memberitahu, penelitian ke atas 22 kertas kerja kajian PPSMI yang dibuat melalui lima siri persidangan meja bulat sepanjang tahun lalu itu kini berada di peringkat akhir.

''Dalam masa terdekat ini, kertas itu akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk mendapatkan keputusan muktamad mengenainya," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya bersetuju agar Akta Dewan Bahasa dan Pustaka dipinda bagi memberi kuasa penguatkuasaan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam memperkasakan bahasa kebangsaan.

''Dengan pindaan itu, DBP dapat berperanan menggalakkan dan menguatkuasakan penggunaan bahasa kebangsaan dengan lebih berkesan.

''Cadangan pindaan itu akan dibentangkan di Parlimen pada tahun ini dan saya percaya dengan pindaan itu, usaha-usaha memperkasakan bahasa kebangsaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan," katanya.

Dilaporkan oleh :
Bahagian Pengurusan Maklumat Profil Jabatan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Posted by a.t.u.l.a.s.c.a. at 9:56 AM 0 comments
Labels: PERUTUSAN MENTERI

Thursday, March 12, 2009

PENGENALAN KEPADA SEKOLAH MENENGAH

Selepas UPSR, murid-murid berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah. Pendidikan menengah terbahagi kepada dua peringkat:

* Pendidikan Menengah Rendah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3)
* Pendidikan Menengah Atas (Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5)

Pendidikan Menengah Rendah
-------------------------------

Ini merangkumi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Subjek yang akan dipelajari terbahagi kepada berikut:

Subjek Teras Subjek Pilihan
Bahasa Melayu Pendidikan Islam
Bahasa Inggeris Moral
Sains Kemahiran Hidup:Ekonomi Rumah Tangga
Sejarah Kemahiran Hidup: Pertanian
Geografi Kemahiran Hidup: Perdagangan dan Keusahawanan
Matematik Kemahiran Hidup Bersepadu

Bahasa-bahasa Eropah

Bahasa ibunda

Pilihan subjek pilihan adalah tertakluk kepada kemampuan sekolah. Pada pengajian murid-murid di Tingkatan 3, mereka akan dinilai melalui peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Pendidikan Menengah Atas
----------------------------

Setelah tamat Pendidikan Menengah Rendah, murid-murid akan berpeluang melanjutkan pelajaran ke Menengah Atas selama 2 tahun (Tingkatan 4- Tingkatan 5).

Sejak pelaksanaan sijil terbuka, murid-murid perlu mengambil empat subjek wajib iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam atau Moral dan Sejarah.

Terdapat tiga aliran utama dalam pendidikan menengah atas:

* Aliran Akademik (Sains/Sastera)
* Aliran Teknik dan Vokasional
* Aliran Agama

Aliran Sains dan Sastera

Murid yang berminat dalam bidang akademik boleh memilih salah satu antara dua aliran utama. Murid yang berminat dengan sains akan mengambil subjek Kimia, Biologi, Fizik, Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris untuk Sains dan Teknologi (English for Science and Technolgy, EST).

Sekiranya memilih aliran sastera, murid akan memilih sains paduan dan sebarang subjek lain yang tidak berunsur sains seperti perakaunan atau perdagangan.

Aliran Teknik dan Vokasional

Selepas tamat PMR, murid yang berminat berpeluang untuk memilih ke aliran teknik. Antara jurusan yang ditawarkan seperti berikut:

* Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
* Pengajian Kejuruteraan Awam
* Pengajian Kejuruteraan Elektrik
* Pertanian
* Perdagangan
* Pengurusan Makanan
* Pengajian Pakaian

Murid berpeluang untuk memilih ke aliran vokasional. Antara jurusan yang ditawarkan seperti berikut:

* Elektrik
* Elektronik
* Automotif
* Katering
* Pengaturcaraan Komputer

Terdapat beberapa sekolah menengah kebangsaan (SMK) yang menawarkan aliran teknikal, tetapi bilangannya terhad dan hanya dua subjek elektif yang ditawarkan iaitu Lukisan Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan.

Murid yang meminati jurusan yang ditawarkan mestilah memohon untuk kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik secara atas talian.

Pada akhir pengajian tingkatan 5 murid-murid daripada aliran ini akan dinilai melalui peperiksaan SPM.

Sumber:
Kementerian Pelajaran Malaysia

Posted by .::.pubMed.::. at 3:16 AM 0 comments
Labels: SEKOLAH
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod