skip to main | skip to sidebar

Search Article

About me

My Photo
.::.pubMed.::.
ikatan ukhuwwah yang kita bina disini diharapkan agar terus mekar mewangi dalam inayahNya...
View my complete profile

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
All Comments
    Atom
All Comments

Arkib

  • ▼ 2009 (26)
    • ► November (1)
    • ► July (1)
    • ► June (1)
    • ► May (7)
    • ► April (1)
    • ► March (11)
    • ▼ February (4)
      • SEMINAR untuk Program "PERMATApintar ukm"
      • SEKITAR AKTIVITI PERTAMA JPAM
      • kita PENAT??? jom cuba tips nie:-
      • Kelahiran PENSEL vs PEMADAM (^_~)V

Tulisan Pensel

  • Galeri Gambar
  • Artikel Sains
  • Tazkirah
  • Karya

Followers

My Blog List

  • LAMAN RASMI DPLI UNIVERSITI MALAYA - GeNeRaSi PeNDiDiK
    Selamat Bertugas
    15 years ago
  • DPLI UIAM - Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah ( DPLI ) - Laman Utama
  • Announcement!!

BLOG RASMI DPLI UKM`09 [PENSEL vs PEMADAM]


Loading

Friday, February 27, 2009

SEMINAR untuk Program "PERMATApintar ukm"

Bismillahirrahmanirrahim...

Sekitar Seminar PERMATApintar UKM~

Tarikh: 26 Februari 2009
Hari : Khamis
Masa : 9.00am - 5.00pm
Tempat: Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI), UKM Bangi.


Tajuk Pembentangan:

~Sesi 1~ Peranan UKM untuk membangunkan Kurikulum Pelajar Pintar Cerdas Berbakat.
Prof. Datin Dr. Siti Rahayah bt. Ariffin.
Dekan, Fakulti Pendidikan, UKM.

~Sesi 2~ Center for Telented Youth (CTY) Providing for the Educational Needs of the Gifted Across the Globe.
Dr. Julian Jones.
CTY Johns Hopkins University.

~Sesi 3~ Conducting CTY Programs by Utilizing Information Technology.
Dr. Patricia Wallace.
CTY John Hopkins University.


Dapatan Seminar:

seminar PERMATApintar UKM... seminar ini adalah bagi menyatakan kepada kita, rakyat malaysia betapa anak-anak yang punya iQ yang tinggi boleh digilap untuk menjadi permata-permata berharga buat AGAMA, BANGSA & NEGARA... masih ingat kalian pada SUFIAH??? SOHKERI HADAFI??? They are all gifted students...

Namun, disebabkan negara kita masih belum punya kurikulum khas untuk pelajar-pelajar berIQ tinggi ini, mereka akhirnya kecundang di tengah jalan…tiada sesiapa yang mampu membimbing dan menggilap bakat dan potensi besar yang ada pada mereka…

Kini, UKM dengan kerjasama CTY-John Hopkins University dan beberapa badan kerajaan dan bukan kerajaan lain sedang berusaha untuk menjadi perintis dan seterusnya merealisasikan impian para ibu bapa dan pelajar pintar di Malaysia bagi mewujudkan program khas dalam pendidikan pelajar pintar ini…iaitu ‘PERMATApintar UKM.’…

Antara ciri-ciri pelajar yang mempunyai IQ yang tinggi adalah:-

~ Mempunyai perasaan ingin tahu yang tinngi
~ Perbendaharaan kata yang banyak.
~ Berusaha untuk bersaing dengan diri sendiri.
~ Sangat peka pada masa.
~ Banyak kegemaran
~ Tak bergantung pada orang lain
~ Meminati banyak bidang ilmu pada satu masa
~ Perkembangan yang awal dari kanak-kanak biasa.
~ Kreatif + Imaginatif
~ Sukakan permainan yang mencabar
~ Suka berkawan dengan golongan yang lebih dewasa dari mereka
~Minat membaca autobiografi tentang kejayaan orang-orang yang berjaya.

Jika anak-anak/adik/saudara-mara anda (berumur 9-15 tahun) dan mempunyai ciri-ciri diatas, berkemungkinan besar dia adalah pelajar pintar yang amat dialu-alukan untuk menjadi perintis program PERMATApintar UKM ini…antara langkah yang amat RUGI tak diambil oleh ibu-bapa serta para pelajar pintar sekalian adalah:

1) Menyertai saringan ujian IQ PERTAMA secara online di website permatapintar (memakan masa selama 1 ½ jam)
2) Menyertai saringan kedua ujian IQ.(hanya untuk yang telah melepasi saringan pertama)
3) Menyertai saringan ketiga ujian IQ.(hanya untuk yang telah melepasi saringan kedua)

** Seramai 300 pelajar perintis untuk program ini akan dipilih diakhir saringan ke-3**
kemudian, pelajar yang terpilih tersebut akan dibawa ke program pertama iaitu ” Perkhemahan Cuti Sekolah pada bulan Disember 2009” Segala tanggungan untuk program pertama ini, adalah percuma dan dibiayai penuh.

Lagi Info Penting!!!

Para pelajar boleh mula mengakses wesite permatapintar ini untuk menduduki saringan pertama IQ test BERMULA pada 2 Mac 2009...(ujian dibuka selama dua bulan dari tarikh ini)

Sekian, wallahua`lam...

sumber:
http://www.permatapintar.com.my
http://cintaagungku.blogspot.com
Posted by .::.pubMed.::. at 8:35 PM 0 comments
Labels: PROGRAM

Monday, February 23, 2009

SEKITAR AKTIVITI PERTAMA JPAM


Tarikh: 21/02/09
Masa: 09.00am-01.00pm
Tempat: Bilik Seminar Kolej Za`aba
p/s:- Nantikan gambar-gambar penuh untuk aktiviti ini di GALERI GAMBAR @ [Pensel vs Pemadam]














Posted by a.t.u.l.a.s.c.a. at 5:59 PM 1 comments
Labels: AKTIVITI

Tuesday, February 17, 2009

kita PENAT??? jom cuba tips nie:-

ADA ketikanya seseorang pekerja mengadu keletihan selepas pulang ke rumah. Mereka yang bekerja di ladang dan sebagai buruh binaan akan berasa tubuh badan letih dan sakit-sakit kerana banyak keluarkan tenaga ketika menggunakan tulang empat kerat.

Mereka yang bekerja di pejabat pula mengadu letih terutama minda dan mata kerana terlalu kerap bermesyuarat, berfikir dan menghadap komputer.
Sebagai pelajar, kita semua pun tak terlepas dari rasa penat....betul tak???


Selain memakan vitamin dan pelbagai makanan tambahan berkhasiat, seseorang pekerja boleh mengelak keletihan dengan pelbagai cara yang disyorkan doktor dan orang tua. Jika tidak, sikap malas, lesu dan bosan akan menguasai diri hingga menjejaskan produktiviti.

Untuk menghilangkan rasa letih, beberapa petua boleh dicuba. Antaranya:

- Bersifat positif terhadap pekerjaan:

Ketika bekerja, kita hendaklah terus menyenangi apa yang kita lakukan walaupun berat dan membebankan. Kita harus ada minat dalam setiap pekerjaan yang kita buat.

- Bersantai sejenak:

Gunakan waktu istirahat untuk berehat dan bersantai. Lakukan dengan menarik nafas dalam-dalam untuk beberapa saat. Ini akan meningkatkan tenaga dan tumpuan ketika bekerja.

Jika bekerja di pejabat dan kerap menggunakan komputer, berehatlah lima atau
10 minit dengan memandang ke luar pejabat atau berbual-bual di ruang tamu. Elak menggunakan komputer secara berterusan melebihi sejam.

- Nikmati humor dan ketawa:

Pelbagai cara boleh dibuat seperti membaca komik dan kartun atau berkelakar bersama teman-teman sekerja yang boleh menimbulkan ketawa. Humor dan ketawa dapat membangkitkan tenaga dan kesegaran. Akan lebih mudah menghadapi pekerjaan dengan senyum daripada terus muram.

- Bekerja secara sistematik:

Buatlah skala dan jadual keutamaan terhadap pekerjaan yang harus diselesaikan terlebih dulu. Ini akan membuat kita tidak terburu-buru dalam bekerja.

- Banyak minum air mineral:

Air putih dapat menimbulkan kesegaran dan melancarkan metabolisme tubuh.
Untuk mengendurkan otot-otot yang mulai kaku, lakukan gerak badan atau senam ringan, di dalam atau di luar ruang kerja. Bila pejabat anda terletak di bangunan bertingkat, untuk naik-turun pilihlah menggunakan tangga daripada lif. Jika surau pejabat anda di tingkat satu dan anda bekerja di tingkat lima, apa salahnya turun naik menggunakan tangga untuk menunaikan solat.


SEMOGA BERJAYA!!!!!!!!!!!!!!

Posted by .::.pubMed.::. at 9:27 PM 0 comments

Tuesday, February 10, 2009

Kelahiran PENSEL vs PEMADAM (^_~)V

Assalamua`laikum & Salam Sejahtera

AlhamduliLlah, hari ni (rabu~11/02/09) telah lahir satu lagi wadah maya dari kami, warga pubMed untuk semua warga dpli-ukm(jan`09) iaitu PENSIL vs PEMADAM blog...moga-moga dengan kelahiran blog ni, akan mengeratkan lg hubungan silaturrahim antara kita semua...inshaAllah...

Segala cadangan dan pandangan bagi menambah baik blog ini bolehlah disalurkan terus ke email kami(pubMed) di deeply.bond@gmail.com

Sekian dulu dari kami...

Wassalam....
Posted by .::.pubMed.::. at 6:16 PM 5 comments
Labels: Pengumuman
Newer Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod